Hati Bergetar Rindu
Dhiya Zafira
Harga: RM 21.00
ISBN: 978-983-124-659-7
Halaman: ~544
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 400 gram
Tarikh Terbit: 3 Mac 2011
Kategori: Novel
Dhiya Zafira
Harga: RM 21.00
ISBN: 978-983-124-659-7
Halaman: ~544
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 400 gram
Tarikh Terbit: 3 Mac 2011
Kategori: Novel
Sinopsis
Hidup itu adalah rangkaian perjuangan demi perjuangan. Maka janganlah ada yang menyerah, berputus asa dan menganggap perjuangan hidup adalah satu yang sia-sia. Tetaplah tegar meski yang lain berguguran. Tetaplah tersenyum meskipun perjuangan ini terasa pahit dan berliku.Kerana DIA tidak akan mensia-siakan perjuangan kita.
Ari ~ Bersamamu aku memahami makna bahagia, tetapi mengenalimu juga membawa aku ke lembah derita. Sesungguhnya, tiada insan yang mahu dikhianati. Lebih-lebih lagi daripada orang yang paling dipercayai.
Sid ~ Segala jerih yang kita lalui, semoga ada senyum pada esok hari. Percayalah... kita semua hanya mahu bahagia. Percayalah... kebenaran hanya mampu dilihat oleh mata hati, dan Ari... yakinlah bahawa ALLAH sudah memilih yang terbaik buat kita.
Ini kisah mereka yang mencari kebahagiaan. Kisah mereka yang terbeban dengan dosa silam. Kisah mereka yang mencari keampunan. Kisah mereka yang mahu mencari jalan pulang. Kisah mereka yang harus mengerti dan memahami apa ertinya makna sebuah perjuangan.
Sedutan Dari Novel
Ari ~ Bersamamu aku memahami makna bahagia, tetapi mengenalimu juga membawa aku ke lembah derita. Sesungguhnya, tiada insan yang mahu dikhianati. Lebih-lebih lagi daripada orang yang paling dipercayai.
Sid ~ Segala jerih yang kita lalui, semoga ada senyum pada esok hari. Percayalah... kita semua hanya mahu bahagia. Percayalah... kebenaran hanya mampu dilihat oleh mata hati, dan Ari... yakinlah bahawa ALLAH sudah memilih yang terbaik buat kita.
Ini kisah mereka yang mencari kebahagiaan. Kisah mereka yang terbeban dengan dosa silam. Kisah mereka yang mencari keampunan. Kisah mereka yang mahu mencari jalan pulang. Kisah mereka yang harus mengerti dan memahami apa ertinya makna sebuah perjuangan.
Sedutan Dari Novel
“Tahniah, Puan Arisa! Tahniah kerana meletakkan suami dan ayah sendiri dalam kedudukan yang paling hina. Ari tahu tak lelaki yang suka tidur dengan perempuan tu dah berubah sekarang? Ari tahu tak yang seminggu sebelum kita pergi umrah, papa dah pergi lebih awal daripada kita? Ari tahu tak yang dia dah nikah dengan Nisa? Tahu tak yang mereka bernikah di sana? Tahu tak yang Nisa dah bertudung sekarang? Kenapa? Terkejut? Tak percaya?” soalnya apabila melihat mata Ari buntang memandang ke arahnya.
“Ya! Papa dah lakukan banyak dosa dalam hidupnya selama ni, tapi dia dah berubah. Abang tahu abang jugak lakukan dosa yang sama. Hanya ALLAH yang tahu macam mana susah payahnya kami berusaha untuk bersihkan dosa yang terpalit. Bagaimana kami berdoa dan berharap ALLAH ampunkan segala dosa. Tapi, Ari tak pernah nampak semua tu. Ari tak pernah kisah dengan apa pun kecuali diri Ari sendiri saja, kan? Abang tahu Ari terluka. Ari derita dengan apa yang berlaku dulu. Abang tahu. Papa tahu. Ibu tahu. Semua orang pun tahu. Ari dah tunjukkan dengan jelas apa yang kami dah lakukan pada Ari. Tapi, pernahkah Ari terfikir nak tahu apa yang abang rasa? Apa yang papa rasa selama ni? Pernah tak Ari beri kami peluang untuk jelaskan keadaan? Papa buat salah...Ari membisu dengan semua orang. Ari lari tak nak bercakap dengan papa sampai sekarang. Lima tahun Ari. Abang buat salah... Ari pergi macam tu jugak. Lari daripada semua orang. Sampai bila nak jadi macam ni, Ari? Sampai bila Ari nak terus lari daripada setiap orang yang buat salah dengan Ari? Sampai bila? Abang tak faham apa yang Ari nak sebenarnya. Sekejap okey. Sekejap Ari macam ni. Abang memang tak faham langsung. Ari dah 25 tahun sekarang. Belajar fikirkan perasaan orang lain sama. Belajar jangan pentingkan diri sendiri. Buka mata hati luas-luas, Ari. Ada mata yang terbuka pun belum bererti boleh melihat,” tukasnya dengan penuh panjang lebar.
“Ari? Ari dengar apa yang abang cakap ni? Ari faham apa yang abang cuba sampaikan?”
Diam. Ari langsung tidak bergerak. Langsung tidak mengangkat mukanya.
Sid menggeleng tiba-tiba. Sudahlah. Dia sudah tidak kisah lagi. Dia penat mahu membela diri. Dia penat mahu menjelaskan keadaan kalau semua usahanya itu langsung tidak dipedulikan. Cukup-cukuplah dia mencuba. Perjuangannya berakhir di sini. Dia sudah tidak kisah lagi. Sid menarik nafas panjang. Dadanya seakan mahu pecah sewaktu melafazkan kalimah ingin dikatakannya ini.
“You know what? It doesn’t matter anymore. Abang dah tak kisah lagi. Abang akan tunaikan apa yang Ari nak selama ni. Bila semua ni dah tamat... apa saja yang Ari nak, abang akan tunaikan. Kalau Ari nak bercerai sekalipun... abang tak akan menghalang lagi. Sebab abang dah...”
Pranggg... Belum sempat dia menjelaskannya, kaca tingkap dapur pecah berderai.
No comments:
Post a Comment